Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.
Redha.
Banyak mana aku mengeluh
Banyak mana aku merintih
Banyak mana aku menyalah
Tidak akan mengubah
Kerana ia, takdir.
Redha.
Dalam hati
Mulanya sukar
Mulut tempayan mana boleh ditutup
Mulut murai mana bisa didiamkan
Hendak adu pada bonda
Aku tidak kuat.
Ya Malikul Mulk
Hanya kepada Engkau
Sang penguasa alam semesta
Maha dengar dan maha tahu segala
Ya Mu'izz
Kuatkan hatiku
Tulikan telingaku
Dari mendengar kutuk, caci mereka
Yang tidak pernah tahu
Yang tidak mahu mengerti
Apa yang aku lalui
Apa yang aku rasai
Apa yang aku tempuhi
Redha.
Aku benar-benar redha.
Ikhlas.
Moga ada keindahan
Menantiku
Jika tidak di alam sini
Di alam sana sudah pasti.
Cahaya Humairah.
6 Muharram 1438H
7 Oktober 2016
12.15pm
Friday, October 07, 2016
Thursday, October 06, 2016
Susah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Usai membaca kisah seorang tokoh perniagaan di sebuah laman sesawang tentang kesusahannya dulu, aku terkenang masa-masa kecilku. Ya, aku pernah merasa hidup susah, pengalaman itu mengajar banyak benda untukku berdikari. Semua kemahuanku, aku akan usahakan sendiri bagi mendapatkanya. Waktu itu aku tinggal di kampung. Ayah bekerja sebagai kerani di Syarikat Komunikasi. Gajinya tak seberapa hanya tiga angka. Ibu membuat pelbagai kerja untuk menampung perbelanjaan. Ibu menoreh getah di kebun atok, membuatnya menjadi getah sekerap dan menjualnya. Ibu juga membuat kuih muih, di sebelah pagi, kuih muih itu diletakkan di kedai runcit kecil dan di sebelah petang, aku dan kakak membawanya ke sekolah agama untuk dijual pada rakan-rakan dan guru agama. Aku masih ingat lagi, kuih-muih itu, ibu letakkan dalam raga rotan yang bertutup. Kami sering diejek membawa ular ke sekolah oleh murid-murid lelaki. Tetapi sikit pun tidak menjadi kudis. Kuih yang selalu kami jual adalah pulut panggang, popia goreng, ketayap, cucur badak, kuih gelang dan cucur udang bersoskan sos cili homemade (kami panggil kuih gogo). Kuih yang laku keras, adalah kuih gogo. Pernah kami bawa kuih gogo bersos kuah kacang, kami terima banyak complain dari rakan-rakan. Ibu belajar buat kuih dari nenek (sebelah ibu) yang juga menjual kuih. Apabila arwah atok dan opah meninggal, kami berpindah ke pekan tinggal di rumah pekerja, ibu kemudiannya bekerja di kilang getah, pengutip cukai tempat letak kereta dan kedai makan. Kasihan ibuku dari kecil hidupnya susah, semoga ibu diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia supaya aku dapat berbakti membalas budinya.
Aku masih ingat, kesusahan- kesusahan itu. Rumah kami tidak punya tandas hanya bilik mandi. Di sewaktu kecil, aku akan melepaskan hajat ke tanah, kemudian atok akan menanamnya, apabila berusia 6-8 tahun, kami akan ke sungai belakang rumah jiran, dan tiada rumah di situ hanya pokok-pokok yang hijau. Kami akan pergi ke hulu sungai, mencari tempat agak tersembunyi dan apabila malam, di hujung bahagian atas rumah, ada lubang di bawah tikar, itulah tandas kami (pada waktu kecil) keesokan harinya, atok akan menanamnya dan bila sudah ada perasaan malu, tandas kami dalam bilik mandi. Apabila kakak menginjak usia dalam 9-10 tahun, barulah tandas dibina diluar rumah.
Rumah kami tidak punya dapur gas. Kami hanya menggunakan dapur minyak tanah, dapur arang dan dapur kayu sehingga usiaku dalam 11 tahun. Jadi kerja-kerja memasak, adalah tugas ibu, kami hanya diarahkan untuk mengemas rumah. Aku sering mengular kerana rumah pusaka itu sangat luas. Aku akan memilih untuk menyapu di tingkat atas. Aku sering tipu ibu, konon-konon aku sudah lakukannya tapi aku hanya duduk di tingkat atas untuk beberapa waktu sebelum turun. Kami makan apa yang dimasak ibu dan opah tanpa banyak soal. Paling gembira apabila ibu ada duit lebih, ibu akan ke pasar malam, baru kami dapat merasa burger atau kebab, itupun burger dan kebab itu dipotong sama rata untuk kami kongsi. Itulah makanan paling mewah bagi kami. Pernah suatu hari, ibu pergi mengambil bekas dan duit kuih yang dijual di kedai runcit. Ibu terus ke pasar malam, dalam perjalanan pulang ibu terjatuh dari motor semasa melalui titi kecil, ketika itu hujan lebat baru sahaja berhenti. Air sungai deras dan dalam, burger yang ibu beli tercampak ke dalam sungai bersama-sama bekas kuih. Syukur kerana bukan ibu jatuh ke dalam sungai. Sehingga sekarang, ibu sering mengulang-ulang kisah itu kepadaku. Aku tahu ibu sedih apabila sampai di rumah dan melihat wajah anak-anak yang masih kecil yang sedang menanti dan masih belum mengerti. :'(
Bagi mencuci kain dan pinggan mangkuk kami akan mencucinya di sungai. Bukan tiada bekalan air, tetapi untuk berjimat. Aku masih ingat ibu meletakkan kain atau pinggan mangkuk dalam besen besar kemudiannya meletakkan kain batik yang telah dililit di atas kepala, sebagai alas untuk meletakkan besen, seperti wanita-wanita Afrika yang sering dilihat di kaca TV. Aku dan kakak pula akan membawa pakaian sendiri yang dikumpul di dalam baldi selama seminggu untuk dicuci sendiri. Pernah terjadi, ibu meletakkan kain baju kami dalam baldi di tebing sungai untuk kami cuci selepas pulang dari sekolah agama, tetapi hujan turun dengan lebat, habis semua pakaian di hanyutkan arus air yang dalam dan deras.
Begitu juga untuk mandi, kami akan mandi di sungai. Dahulu, air sungai dalam dan kami sudah pandai berenang sejak kecil. Kami akan mandi beramai-ramai bersama adik beradik dan kakak-kakak jiran. Apabila orang perempuan sedang mandi, orang lelaki akan mandi di hilir sungai. Sungai tersebut berliku-liku dan tebingnya dipenuhi pokok-pokok rendang. Jadi, tiada siapa nampak jika mandi di hulu dan di hilir sungai. Pernah kami dan beberapa kaum ibu terpaksa mandi di hilir kerana ada lelaki bujang mandi di hulu sungai, ketika sedang mandi tiba-tiba sisa kumbahan hanyut dari hulu sungai dan kami semua kelam kabut naik ke tebing sungai. hahaha. Bayangkan kaum ibu yang sedang mencuci kain, kalut-kalut menarik kain basuhan mereka. Kurang asam kan.. :D
Aku masih ingat permainan masa kecilku, tidak pernah dibeli di kedai-kedai. Kalau adapun pemberian saudara mara yang tinggal berdekatan. Aku dan kakak selalu bermain konda kondi, jengket-jengket, congkak yang lubangnya kami korek pada tanah di laman dan buahnya adalah biji-biji getah yang dikutip di kebun getah atok. Adakalanya, aku dan kakak akan ke rumah jiran agak jauh untuk bermain rounders dan polis sentri bersama dengan rakan-rakan sekampung. Akan tetapi aku lebih suka bermain di laman rumah bersama adik beradik, kadang-kadang bermain basikal bersama anak-anak jiran terdekat, sambil membantu ibu apabila diperlukan.Ibu akan menyuruh kami mengutip pucuk ubi, pucuk pacu, cendawan kulat untuk dibuat lauk, pernah kami temui di atas tanah di kebun atok, sesuatu bertompok-tompok putih sebesar 2-3 genggam orang dewasa, apabila ditanyakan pada opah, opah kata itu susu harimau dan harimau ada berdekatan susunya itu dan cerita opah itu, membuatkan aku rasa takut untuk ke kebun getah atok lagi. Apatahlagi, aku pernah mendengar cerita ibu yang pernah terserempak dengan harimau akar ketika menoreh getah. Tetapi, kemudian ibu memberitahu tompok-tompok putih itu sebenarnya cendawan susu harimau dan tiada harimau berdekatan seperti dimomok-momokkan opah. Bila tiba musim buah pula, kami akan membantu mengutip buah durian, langsat, rambai dan manggis untuk dijual kepada peraih yang datang ke rumah. Aku masih ingat. Ketika itu, buah langsat akan berbuah pada musim durian dan ada sebatang pokok langsat bersebelahan pokok durian. Pernah terjadi, ketika leka mengutip dan mengumpul buah langsat yang dipetik peraih, buah durian tiba-tiba jatuh. Mujur, aku sedang tunduk, buah durian itu juga tidak besar mana dan jatuh di bahagian belakang badan, nasib baik bukan di kepala. Lukanya tidak serius dan berbentuk bintik-bintik.
Aku gembira dengan kehidupan, waktu kecilku dalam suasana kampung yang damai. Walaupun, seringkali tercuit juga rasa cemburu melihat sepupu-sepupu sebelah ayah yang lahir dalam keluarga yang ada-ada, apabila mereka pulang ke kampung. Seringkali juga aku berkecil hati dengan isteri pakcik-pakcik ku yang seolah-olah memandang hina kemiskinan kami. Kadang-kadang ada sahaja kata-kata mereka yang mengores hati ibu. Mereka tidak pernah susah, lahir dari keluarga yang senang dan berkahwin dengan abang-abang ayah yang kerja bagus-bagus di Kuala Lumpur. Ya, aku pernah bertanya sendiri dan menyalahkan takdir, kenapa ayah tidak seperti abang-abangya hidup senang, kerja bagus. Anak-anak mereka tidak perlu bersusah payah sepertiku. Kekecewaan itu, aku pendam bertahun-tahun lamanya sehingga hubunganku dengan ayah menjadi renggang. Kini, aku mahu rapat dengan ayah sepertimana melihat rakan-rakanku bersama-sama dengan ayah mereka, tetapi ruang masa selama lebih tiga dekat itu menyukarkanku. Kami sangat-sangat jarang bergelak bergurau senda. Hanya bercakap ketika perlu sahaja dan sering bercanggah pendapat. Tapi, aku bersyukur, walaupun tidak rapat, Allah masih memberiku peluang untuk berbakti pada ayah. Allah takdirkan aku tinggal bersama ayah dan ibu sehingga kini di usia 30-an. Alhamdulillah, aku anggap ini peluang untuk aku memperolehi pahala. Aku tidak punya banyak wang untuk bersedekah, tetapi aku punya sedikit wang untuk menanggung ibu ayahku dan Allah cukupkan rezeki itu. Aku berharap hubungan aku dengan ayah akan bertambah baik. Allah ampunkan dosaku, yang sering terkasar bahasa dengan ayah dan aku telahpun memohon ampun pada ayah, dan aku harap ayah tidak menyimpannya di dalam hati. Sekarang, aku kurang bercakap dengan ayah bukan kerana benci tapi, aku takut tergoreskan hati ayah tanpa sengaja. Aku harap ayah akan faham. Ketahuilah, ayah sentiasa dalam doaku setiap kali usai solat.
Cahaya Humairah
5 Muharram 1438H
Wednesday, October 05, 2016
Tinta dari Hati ; Fajar
Bismillahhirahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Fajar
Assalamualaikum..
Fajar
Sebelum Fajar aku dikejutkan
Tanpa ada suara yang memanggil
Tanpa bunyi bising jam penggera
Kantuk ku lenyap
Aku tahu
Engkau mahu dengar
Aku merintih
Aku mengadu
Aku memohon
Maka itu, Tuhan
Aku qiam, rukuk , sujud..
Dan menadah tangan
merintih, mengadu dan memohon
Sehingga suara muazzin kedengaran
Perkenankanlah.
Kamu mahu tahu
Apa aku rintih, adu dan mohon pada Dia?
Moga-moga
Dia beri hidayah pada mereka yang terus tidur itu
Walaupun azan bersahutan
Di corong-corong menara masjid dan surau
Mereka tetap terus tidur
Dikejutkan, mereka tidak mahu bangun
Diperli, mereka buat tidak peduli
Setiap hari mereka
tidur
Berselimutkan kulit binatang
bernajis mughallazah itu
Tanpa ada rasa
apa-apa di hati mereka
Tidakkah mereka terfikir
Bagaimana, jika hari itu
Mereka terus tidur
Tidak bangun-bangun lagi.
Cahaya Humairah
4 Muharram 1438H
5 Oktober 2016
4:15pm
Tuesday, October 04, 2016
Tinta dari Hati ; Hijrah.
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.
Hijrah.
Zulhijjah 1437H telah mula melangkah pergi
Selangkah demi selangkah
Jauh semakin jauh.
Pergi bersama masa
Pergi bersama usia
Pergi bersama dosa
Masa yang makin pantas..
Tinggalkan sisa-sisa usia yang semakin singkat..
Terkumpul bersama dosa-dosa yang penuh kesal.
Aku tahu
Kau Maha Pendengar
Aku tahu
Kau Maha Penyayang
Aku tahu
Kau Maha Pengampun
Aku mohon
Berikan aku masa
Panjangkan usiaku
Terimalah taubatku, ibadahku, amalku
Ampunkan dosa-dosaku
Perkukuhkan imanku
Tanamkanlah istiqomah dalam dadaku
Pahatkan redha akan ujianMu dalam jiwaku
Murahkan rezekiku dan berikan aku rahmatMu
Permudahkan segala urusanku
Terangilah wajahku dengan cahayaMu
Masukkan aku ke dalam salah satu syurgaMu
Ya Rabb.
Tolong...halang lidah ini dari berkata sia-sia
Tolong..halang mata ini dari melihat perkara sia-sia
Tolong..halang telinga ini dari mendengar cerita sia-sia
Tolong...halang kaki dan tangan ini dari melakukan dosa
Tolong..halang hati ini dari sifat amarah dan prasangka
Tolong...halang otak dan akal ini dari memikirkan buruk manusia
Ya Wahhaab.
Biarkan hijrah ini terus kekal
Hingga hujung nafasku
Biarkan kaki ini terus melangkah
Menuju jalan yang Engkau redhai
Biarkan hati ini terus istiqomah
mencari cintaMu
Biarkan lidah ini terus memuji
kebesaranMu
Ya Jaliil.
Yang memegang jiwa-jiwa manusia
Peganglah hatiku Ya Rahman
Pimpinlah tanganku Ya Rahim
Doronglah aku ke jalanMu Ya 'Azhiim
Juga..
Pegang dan pimpin tangan
Mereka yang ku kasihi Ya Allah
Aku tidak mahu berseorangan
Aku mahu bergembira
Aku ingin bahagia
Di syurgaMu bersama mereka
Yang ku sayangi dan amat kasihi
Biarpun aku tahu
Aku tidak layak menghuni tempat yang indah itu
Walau.. sebelah kakiku pun tidak bisa ku jejak pintu JannahMu
Kerana..aku seorang pendosa
Yang masih mencari cinta dan kasihMu, Ilahi.
yang sedang bertatih dalam hijrah, hadiah indah kurniaanMu
Terima Kasih, Tuhan
Kerana..memberiku
Merasai nikmat dan kemanisan hijrah ini.
Ya Ghaffaar.
Kurniakanlah juga
Rasa nikmat dan kemanisan hijrah ini
Kepada mereka yang ku kasihi
Aku mohon..
Amiinn...Ya Rabbal a'lamin.
Cahaya Humairah
1 Muharram 1438H
2 Oktober 2016
02:00pm
Assalamualaikum.
Hijrah.
Zulhijjah 1437H telah mula melangkah pergi
Selangkah demi selangkah
Jauh semakin jauh.
Pergi bersama masa
Pergi bersama usia
Pergi bersama dosa
Masa yang makin pantas..
Tinggalkan sisa-sisa usia yang semakin singkat..
Terkumpul bersama dosa-dosa yang penuh kesal.
Aku tahu
Kau Maha Pendengar
Aku tahu
Kau Maha Penyayang
Aku tahu
Kau Maha Pengampun
Aku mohon
Berikan aku masa
Panjangkan usiaku
Terimalah taubatku, ibadahku, amalku
Ampunkan dosa-dosaku
Perkukuhkan imanku
Tanamkanlah istiqomah dalam dadaku
Pahatkan redha akan ujianMu dalam jiwaku
Murahkan rezekiku dan berikan aku rahmatMu
Permudahkan segala urusanku
Terangilah wajahku dengan cahayaMu
Masukkan aku ke dalam salah satu syurgaMu
Ya Rabb.
Tolong...halang lidah ini dari berkata sia-sia
Tolong..halang mata ini dari melihat perkara sia-sia
Tolong..halang telinga ini dari mendengar cerita sia-sia
Tolong...halang kaki dan tangan ini dari melakukan dosa
Tolong..halang hati ini dari sifat amarah dan prasangka
Tolong...halang otak dan akal ini dari memikirkan buruk manusia
Ya Wahhaab.
Biarkan hijrah ini terus kekal
Hingga hujung nafasku
Biarkan kaki ini terus melangkah
Menuju jalan yang Engkau redhai
Biarkan hati ini terus istiqomah
mencari cintaMu
Biarkan lidah ini terus memuji
kebesaranMu
Ya Jaliil.
Yang memegang jiwa-jiwa manusia
Peganglah hatiku Ya Rahman
Pimpinlah tanganku Ya Rahim
Doronglah aku ke jalanMu Ya 'Azhiim
Juga..
Pegang dan pimpin tangan
Mereka yang ku kasihi Ya Allah
Aku tidak mahu berseorangan
Aku mahu bergembira
Aku ingin bahagia
Di syurgaMu bersama mereka
Yang ku sayangi dan amat kasihi
Biarpun aku tahu
Aku tidak layak menghuni tempat yang indah itu
Walau.. sebelah kakiku pun tidak bisa ku jejak pintu JannahMu
Kerana..aku seorang pendosa
Yang masih mencari cinta dan kasihMu, Ilahi.
yang sedang bertatih dalam hijrah, hadiah indah kurniaanMu
Terima Kasih, Tuhan
Kerana..memberiku
Merasai nikmat dan kemanisan hijrah ini.
Ya Ghaffaar.
Kurniakanlah juga
Rasa nikmat dan kemanisan hijrah ini
Kepada mereka yang ku kasihi
Aku mohon..
Amiinn...Ya Rabbal a'lamin.
Cahaya Humairah
1 Muharram 1438H
2 Oktober 2016
02:00pm
Tinta dari Hati ; Rindu.
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.
Rindu.
Malam ini, riuh.
Suara berkumpul
Setelah beberapa purnama tidak bertemu
Namun, dalam hati dicuit rindu.
Malam ini, bergema.
Suara memuja Tuhan yang Agung
Menyambut kedatangan Muharram
Tetapi, dalam hati dipenuhi rindu.
Rindu padamu yang telah lama bertemu Sang Khaliq
Rindu pada kenangan yang pernah tercipta bersamamu
Andai masa boleh diputarkan kembali
Aku mahu kutip lebih lagi kenangan denganmu
Berbakti dan berbudi seikhlas hati
Ahh, masa.. mana mungkin berputar kembali
Untuk mengubat rindu itu,
Aku khabarkan kisah kenangan kita pada yang tidak tahu
Bagi merawat rindu itu,
Aku kongsikan kisah indah kita pada yang tahu
Rindu.
Benar, sangat rindu.
Dada ini terasa sempit
Sarat dengan rindu padamu
Ku mohon
Al Mutaqdir menerima hadiahku yang tidak seberapa itu
Agar kamarmu bisa dilapangkan
Agar rumahmu bisa diterangi
Agar dirimu sejahtera di alam sana
Rehatlah di samping Dia
Yang Maha Pengasih
Tenanglah di sisi Dia
Yang Maha Penyayang
Tinggallah...
Menanti waktu dibangkitkan kembali
Semoga kelak, kita bisa dikumpulkan lagi
Di negeri abadi
Bernama Firdausi
Note : Al Fatihah buat arwah atok.
(Juga buat arwah opah, tokwan dan nenek dan pak ngah Baim)
Cahaya Humairah
1 Muharram1438H
02 Oktober 2016
12:30am
Assalamualaikum.
Rindu.
Malam ini, riuh.
Suara berkumpul
Setelah beberapa purnama tidak bertemu
Namun, dalam hati dicuit rindu.
Malam ini, bergema.
Suara memuja Tuhan yang Agung
Menyambut kedatangan Muharram
Tetapi, dalam hati dipenuhi rindu.
Rindu padamu yang telah lama bertemu Sang Khaliq
Rindu pada kenangan yang pernah tercipta bersamamu
Andai masa boleh diputarkan kembali
Aku mahu kutip lebih lagi kenangan denganmu
Berbakti dan berbudi seikhlas hati
Ahh, masa.. mana mungkin berputar kembali
Untuk mengubat rindu itu,
Aku khabarkan kisah kenangan kita pada yang tidak tahu
Bagi merawat rindu itu,
Aku kongsikan kisah indah kita pada yang tahu
Rindu.
Benar, sangat rindu.
Dada ini terasa sempit
Sarat dengan rindu padamu
Ku mohon
Al Mutaqdir menerima hadiahku yang tidak seberapa itu
Agar kamarmu bisa dilapangkan
Agar rumahmu bisa diterangi
Agar dirimu sejahtera di alam sana
Rehatlah di samping Dia
Yang Maha Pengasih
Tenanglah di sisi Dia
Yang Maha Penyayang
Tinggallah...
Menanti waktu dibangkitkan kembali
Semoga kelak, kita bisa dikumpulkan lagi
Di negeri abadi
Bernama Firdausi
Note : Al Fatihah buat arwah atok.
(Juga buat arwah opah, tokwan dan nenek dan pak ngah Baim)
Cahaya Humairah
1 Muharram1438H
02 Oktober 2016
12:30am
Subscribe to:
Comments (Atom)