Assalammualaikum.
Hari ini, tiba-tiba hati rasa sayu. sedih. Sedang bersarapan tiba-tiba air mata menitis, lantas selera ku mati. Sembunyi-sembunyi aku kesat air mata, bimbang dilihat rakan sepejabat. Pagi tadi, aku bangkit dengan penuh rasa kesal. Kesal, kerana tidak dapat menunaikan solat sunat, dua kali Allah kejutkan aku. Pertama kali, Allah hantarkan dua ekor nyamuk pada pukul 3.50pagi. Subhanallah...dua ekor haiwan kecil itu, berkali-kali menghisap darahku sehingga terasa pedih dan rasa gatal sehingga ku terjaga. Namun, aku tangguhkan untuk bangun, kerana mahu bangun pukul 5.00pagi. Kemudian Engkau kejutkan aku lagi pada pukul 5.09pagi, sekali lagi aku bertangguh, mahu tidur sebentar cuma. Aku sia-siakan kesempatan yang Engkau berikan. Jika ibu tidak kejutkan pada pukul 6.20pagi, mungkin hari ini, aku kembali seperti dulu...solat di waktu subuh gajah. Namun, aku masih bersyukur, aku masih sempat mengerjakan solat sunat, solat fardu dan solat qada subuh sebelum matahari menampakkan wajahnya. Alhamdulillah.
Ketika bersarapan, aku masih memikirkan perasaan kesal, sehingga terbawa-bawa ke kisah pada hari Sabtu lepas. Aku bertemu seorang kakak yang aku kenali dari kecil di masjid. Kakak itu bertanya pada aku sejak bila berpurdah dan kenapa, adakah kerana mengikut kumpulan tertentu atau kerana rasa cantik pakai begini?. Anehnya, aku sikitpun tidak berasa kecil hati, dengan tenang aku menjawab.. "baru sahaja dalam sebulan dan kerana gerakan hati". Aku dengar mulutnya mengucapkan subhanallah dengan perlahan. Aku sambung lagi. "Allah dah lama gerakan rasa hati, tapi aku bertangguh apabila memikirkan tempat kerja, Tapi..Allah tunjukkan, seorang rakan lama, bekerja di jabatan kerajaan memakai niqab dan membukanya ketika bekerja. Aku pula hanya bekerja di sektor swasta. Kakak tu bertanya lagi, pergi kerja pakai begini..bagaimana penerimaan di tempat kerja. Aku jawab, aku akan cuba pakai, jika bos tidak benarkan..aku akan membukanya ketika bekerja..tetapi Alhamdulillah, buat masa ini tiada siapa yang melarang. Tekadku, jika suatu hari nanti, kalau pihak ibu pejabat menggariskan panduan melarang, aku akan membuka purdah ini hanya ketika berada didalam pejabat sahaja.
'Allah gerakkan hati'. Perkataan itu membuatkan aku terus berasa sayu. Iya, Allah gerakkan perasaan ingin berubah ketika menghampiri tahun baru islam 1436H. Ketika itu, aku rasa mahu berubah, mahu membuang semua sikap negatif.. kerana usia sudah makin meningkat.. aku cepat marah, suka bercakap perkara sisa-sia, suka bertangguh solat dan malas membaca al-quran. Ketika itu, aku tuliskan azam untuk berubah, beberapa bulan sedikit demi sedikit aku dapat memenuhi azamku...aku dapat kawal sikap marah dan bercakap perkara sia-sia dengan kurangkan bercakap, aku berjaya menutup aurat dengan sempurna, aku sudah mula solat di awal waktu..cuma solat subuh, ada perubahan sedikit, aku berjaya solat sebelum pukul 7.00pagi dan aku berjaya membaca al- quran setiap kali selepas solat maghrib dan isya'...dan aku berjaya membaca sehingga hampir penghujung al-quran. Juga aku mula belajar redha, berfikiran positif dan bersangka baik. TETAPI...benar kata orang "menerima hidayah itu mudah, untuk istiqomah itu susah". Semakin lama aku kembali sedikit demi sedikit ke perangai lama. Aku kembali mudah marah apabila menghadapi mereka-mereka yang selalu menguji kesabaran ku. Di pejabat, seorang pekeja lelaki dan di rumah adik bongsuku...kadangkala aku kembali suka bercakap perkara sia-sia..tentang aurat pula, kadangkala aku terleka..keluar ke halaman rumah tanpa tudung, pakaian kerjaku betul-betul mengikut bentuk tubuhku, sedangkan aku ada baju kerja yang longgar..alasanku baju itu panas kerana kainnya agak tebal. Astaqfirullah..api neraka, lagi panas kan. Aku kembali solat subuh di waktu subuh gajah, ada-ada waktu solat aku tangguhkan solat sehingga akhir waktu kerana leka dengan membaca dan menonton tv. Aku lebih suka menghabiskan bacaan atau menghabiskan rancangan yang aku tonton, dan bersolat di betul-betul sudah hujung waktu. Bacaan al-quran pula tidak pernah khatam. Aku semakin culas dan malas. Aku lebih obses dengan buku..sehingga mengabaikan al-quran. Ya Allah, ampunkan aku.
Terima kasih, Ya Allah kau gerakkan hatiku sekali lagi. Sesunguhnya Engkau maha pengasih lagi maha penyayang...mengasihiku dengan menggerakan hatiku, Kau hantar perasaan takut mati. Setiap kali melihat dan mendengar berita kematian mengejut..kau lontarkan perasaan takut ke dalam hatiku. Bagaimana keaadan matiku nanti...adakah dalam keadaan baik atau keadaan tidak baik...adakah Engkau akan menjaga aibku, auratku ketika mati kelak...bagaimana aku berhadapan dengan munkar dan nangkir kelak..tentu sahaja aku akan gagal dalam menjawab soalan dan akan di azab...dan bagaimana pula dengan ibu bapaku nanti, bagaimana dengan adik beradik ku nanti...bagaimana keadaan arwah atok, arwah opah, arwah tok wan dan arwah nenek di alam sana. Memikirkan itu, aku rasa amat takut. Apa yang perlu aku buat untuk terus istiqomah DAN kemudian, Engkau hantar beberapa kisah sebagai bacaan ku..kisah mereka-mereka yang berusaha untuk berubah..kisah gadis yang tidak bertudung kerana kecantikan rambutnya..kemudian nekad menggunting rambut sendiri sehingga pendek, dan mula bertudung..Juga kisah gadis yang mahu berubah tapi sukar, melihat adiknya berubah..dia juga mahu berubah..lalu dia berpurdah untuk istiqomah...Membaca kisah-kisah tersebut aku tekad, untuk berpurdah akhir tahun nanti..kerana memikirkan tempat kerja.. aku perlukan masa untuk persiapkan diri. Tapi, ternyata kita hanya merancang, Allah yang menentukan segala... Allah yang memegang hati manusia... Perancangan Allah sungguh indah..dan segala-galanya Allah permudahkan..dari perancangan hujung tahun 'nanti'...bertukar ke dalam masa tak sampai seminggu..Allah hilangkan rasa 'perlukan masa' ke perasaan tidak sabar menunggu purdah yang saya pesan..Perasaan takut untuk mendengar kata-kata orang kepada perasaan tak kisah apa orang nak kata..Subhanallah Ya Allah. Pada hari pertama, Engkau berikan perasaan tenang setenang tenangnya dalam hatiku. Doa ku, Engkau akan sentiasa menguatkan hatiku untuk terus istiqomah..Engkau berikanlahku sikap sabar. Engkau titiplah hidayahMu dalam hati orang-orang yang kusayang. Jauhi kami dari mati dalam keadaan tidak baik, ringankan seksaan kubur kami kelak..dan kumpulkan kami semua di syurgaMu nanti, Ya Allah...
No comments:
Post a Comment